A review by afi_whatafireads
Pengembaraan Shell-Searching Seekor Umang-Umang Rock n’ Roll dan lain-lain cerita by Ridhwan Saidi

dark mysterious fast-paced
  • Plot- or character-driven? Plot
  • Strong character development? It's complicated
  • Loveable characters? It's complicated
  • Diverse cast of characters? Yes
  • Flaws of characters a main focus? Yes

4.0

Terdapat beberapa fasa perasaan dalam aku menghabiskan kumpulan cerpen ini.

Pertamanya, aku tertarik dengan judul dan kulit muka buku ini. Ada sesuatu yang agak catching dengan pengolahan kulit muka bersama-sama kumpulan cerpen yang aku kira sangat unik, absurd dan membuatkan kau mempersoalkan sanity kau. Aku semacam teringat akan penulis Jepun yang aku gemari , Sayaka Murata dan karya-karya beliau yang tampak normal pada surface cerita tetapi aku kira melangkaui jangkaan aku sebagai pembaca. Judul buku ini bagi aku sangat menarik. Selalunya, orang menggunakan frasa Soul-Searching, tetapi, buku ini mengambil frasa itu dan menggantikan dengan Shell-Searching. Mungkin ia hanya coincidence atau aku sahaja yang terlalu over-analyse tajuk buku ini, tetapi disebabkan logik itulah yang membuatkan aku tertarik untuk membelinya.

Kumpulan cerpen daripada Ridhwan Saidi ini membawakan beberapa tema yang berbeza dalam setiap penceritaannya. Cerita-ceritanya pendek namun, ia mampu memberi impak yang agak maksima bagi aku. Aku seakan terkejut. And what makes the author's writing more catching? Its the way he writes his stories in such a matter-of-fact tone that the occurrences for each situation felt normal. That's why it reminded me of Murata's works. Its absurd and just very out of the world at some points, but it somewhat made sense overall.

Setiap tema yang dibawa dalam cerpen ini membawa makna yang tersirat. Aku bikin, Ridhwan Saidi membawak konsep magikal realisme ke aras yang boleh dibanggakan. Ia mengangkat sastera Melayu dan memperlihatkan bahawa terdapat banyak cara untuk kita mengolah sebuah cerita. Ia mungkin tidak dapat diterima oleh semua orang, tetapi bagi aku, cerita-cerita dalam buku ini ibarat menonton teater indie yang kau tak mungkin akan faham kesemua apa yang ingin disampaikan, tetapi, ada sesuatu yang menarik kau untuk menonton sampai ke akhirnya,

Antara cerpen yang telah menarik perhatian aku:
1) Saadah dan Mesin Timbang Saadah
2) Raslan dan Potret Raslan
3) Gerbang Neraka
4) Musang King

Setiap tema yang dibawa membawa unsur yang berbeza dan ia agak dark bagi aku. Yang aku suka adalah bagaimana setiap tajuk yang dibawa dalam setiap tema itu kena dengan dunia sekarang yang seakan tidak masuk akal juga. Ia memberi erti kepada kita manusia yang kadang ada masa, feminis tidak semuanya betul, patriaki masih hidup dan nyata, racism akan menjadikan kau seorang alien di mana-mana kau berada di muka bumi ini, pembunuh itu bukanlah hanya secara fizikal tetapi ia juga boleh dalam bentuk mental juga.

Buku ini bukanlah untuk semua orang. Tetapi ia adalah suatu karya yang bagi aku, mempunyai essence-nya sendiri. Recommended!

Personal Ratings: 4🌟