A review by afi_whatafireads
Amok-Imago by Azrin Fauzi

adventurous challenging mysterious reflective medium-paced
  • Plot- or character-driven? A mix
  • Strong character development? It's complicated
  • Loveable characters? It's complicated
  • Diverse cast of characters? N/A
  • Flaws of characters a main focus? N/A

4.75

Review | Kumcer ini membuatkan aku ternganga sebentar, terutamanya cerita terakhir daripada buku ini.

Ini adalah karya pertama aku daripada Azrin Fauzi, dan pastinya bukan karya yang terakhir. Sebuah kumpulan cerpen yang aku kira sangat ahead of its time dan ia mempunyai keunikannya kepada setiap cerita itu sendiri. What I felt while reading the book, was just PURE RESPECT to the author.

Kumpulan cerpen yang membawa kisah seni yang hilang pada tahun 2011 di Georgetown, 13 lukisan daripada Basuki Basri yang tiada ketika pamerannya. Sebuah koleksi yang membawa konsep seakan 'katalog' kepada lukisan-lukisan yang mungkin ada dan mungkin tiada. Cerpen-cerpennya menjangkau batas fikiran manusia, dan mempunyai unsur dystopian dan magical realism yang aku kira sangat menambat hati.

Antara 13 cerpen dalam koleksi ini, antara TOP 3 cerita yang sangat menambat hati aku adalah:

1) Sinemata (Cerpen ke-4)
"Kita bukannya mahu mempersoal realiti, tetapi lebih kepada bertanya kembali: Apa itu fiksyen?

Kerana dengan kaburnya sempadan realiti dan fiksyen, secara tidak langsung menjadikan hidup (realiti) dan seni (fiksyen) itu dapat disatukan."

Cerita yang paling aku gemari dalam kumcer ini. Vibenya seperti melihat lansa daripada filem hitam-putih yang menjadikan ia unik, dan relatable dengan apa yang aku rasakan sekarang.

"Seumur hidupku, yang hampir setiap masa bermimipi, aku sering merasakan mimpiku tidak pernah bewarna - segalanya hitam-putih. Juga tidak pernah berbunyi - segalanya sepi sunyi. Mimpiku persis filem bisu hitam-putih yang memutarkan mimpi."

2) Ceritanah (Cerpen ke-13)
Buku ini mengingatkan aku tentang buku Cursed Bunny karya Bora Chung yang aku baca beberapa bulan lepas. Vibe-nya unhinged and it left me feeling just....... shocked

3) Konkritual (Cerpen ke-2)

Phenomenal.
Brain is fried but lord this is good

Persoalan antara keperluan idea menjadi sebuah benda yang konkrit dan fisikal untuk ia dianggap seni.

The perception of art is through its beholder; and this+footnotes is a bloody masterpiece.

Konklusinya? Buku ini sangatlah recommended!
Sebuah kumpulan cerpen yang aku kira sangat unik, dan cara penulis mengaitkan tajuk dengan isi ceritanya membuatkan aku kagum dengan prosa dan penulisannya.

Would personally recommend this collection of short stories if you are a fan of Asian Literature, especially Japanese Literatures. Its bloody amazing, and the appreciation towards art? Abstract and fantastic. An extremely well-curated collection.

Overall Ratings : 4.5🌟