Scan barcode
A review by afi_whatafireads
Miss Detective by ai_nini
adventurous
fast-paced
- Plot- or character-driven? Character
- Strong character development? Yes
- Loveable characters? Yes
- Diverse cast of characters? Yes
- Flaws of characters a main focus? Yes
3.75
dakah semuanya ilusi dan khayalan semata?
—
Miss Detective - sebuah cerita yang aku kira agak menarik dan sangat mengingatkan aku kepada beberapa anime dan manga yang aku pernah baca.
Ceritanya fast-paced, mempunyai elemen misteri yang menarik, dan paling penting, penceritaan buku ini membuatkan pembaca tertanya-tanya sehingga pengakhiran cerita; manakah realiti dan manakah ilusi?
—
✨Sinopsis Pendek✨
Kebakaran misteri, lelaki bertopeng dan surat-surat misteri. Antara benda yang tidak disangka oleh seorang Naila. Dia dan rakan-rakannya bekerjasama untuk merungkai kejadian di sebalik semua perkara pelik yang telah berlaku.
—
Antara Highlights buku ini aku suka:-
1. Elemen Misteri
Elemen misteri dalam cerita ini bagi aku diceritakan dengan baik, dan mampu membuatkan aku menjadi tertanya-tanya apakah yang terjadi sehingga pengakhiran cerita.
2. Plot dan Penceritaan
Plot dan Penceritaan buku ini bagi aku sangat senang ditangkap. Ada beberapa elemen yang aku rasa tidak disangka, dan ia membuatkan pembacaan buku ini jadi lebih menarik.
3. Konsep
Konsep cerita buku ini bagi aku secara kesuluruhannya berjaya menangkap minat aku untuk membaca sehingga pengakhiran cerita. Mungkin pacing pada awal cerita agak sedikit lambat , tetapi selepas semuanya dirungkai, ia menjadi sebuah cerita yang keseluruhannya bagi aku not bad.
—
Overall, ada beberapa babak yang aku rasakan agak pelik transisinya, namun secara kesuluruhan, aku berpuas hati membaca novela ini, dan ia termasuk dalam salah satu buku dalam bacaan #bacalokal aku.
3.75🌟!