Scan barcode
A review by afi_whatafireads
Guru Aini by Andrea Hirata
5.0
Panjang hembus nafas setelah selesai novel pertama saya daripada Andrea Hirata ini.
5 Bintang untuk karya yang telah membuat saya tertawa dan menangis dan telah mengajar apa itu erti "Kesabaran, Kecekalan dan Keikhlasan" dalam menuntut dan menyampaikan ilmu.
Ringkasan Buku
Guru Aini mengisahkan kisah seorang guru yang serba-serbi hebat dan sangat bersemangat, Bu Desi yang sangat suka akan Matematik dan penuh dengan impian dan cita-cita untuk melatih seoarang murid yang hebat di sebuah kampung terpencil.
Masuk pula seorang Aini yang bukan sahaja benci pada Matematik, malahan Matematik juga membenci dirinya.Kisah antara seorang guru yang penuh dengan prinsipnya sendiri, tegas dan tiada ruang untuk membuat kesilapan dan Aini yang kekal berusaha untuk menyukai Matematik untuk menjadi seorang doktor pakar.
Cerita yang sarat dengan idealisme, cita-cita dan unsur sindiran terhadap kemiskinan dan sistem pelajaran ini bukan sahaja menyentuh hati malahan, telah membuat saya menitiskan air mata ketika membacanya.
Reviu dan Pendapat Saya
Terdapat beberapa perkara yang membuatkan saya jatuh hati dengan buku ini.
Gaya Penulisan
Gaya penulisan Andrea yang penuh bersahaja membuatkan buku ini sangat senang untuk dibaca. Unsur nasihat berbentuk sindiran, bait-bait kata yang indah, dan juga selitan jenaka telah memberikan karakter dan impak kepada pembaca. Saya sendiri sangat tersentuh dengan beberapa bait ayat yang ditulis oleh Andrea.
Penulisannya padat, bersahaja tetapi penuh dengan nilai-nilai murni .
Karakter
Watak-watak utama di novel ini iaitu Bu Desi dan Aini adalah antara faktor yang menghidupkan cerita ini. Dinamik antara Bu Desi dan Aini bukan sahaja serasi malah telah menyentuh hati pembaca.
Saya sangat suka akan watak Aini yang sangat Cekal dan Bersemangat. Istilah PUTUS ASA tiada di dalam kamus hidup Aini. Beratus cemuhan dan makian dari Bu Desi tidak pernah meruntun semangatnya untuk kekal belajar. Saya sendiri bersemangat apabila membaca kesusahan Aini mempelajari ilmu Matematik.
Bu Desi juga seorang watak yang sangat saya suka walaupun agak gerun dengannya. Sikap Bu Desi yang berprinsip membuatkan dia dapat mencapai objektifnya apabila dia ditugaskan untuk mengajar Matematik di sebuah kampung terpencil. Bu Desi juga seseorang yang akan mencari jalan sebaiknya untuk seseorang murid yang ingin belajar.
Andrea memperkenalkan kepada dua watak yang esentrik dan sangat tidak kisah akan pandangan orang sekeliling pada mereka. Watak mereka telah membuat pembaca semakin tertarik untuk mendalami jiwa mereka ketika membaca.
Guru Aini merupakan buku pertama saya oleh Andrea Hirata tetapi bukanlah yang terakhir. Nilai murni dan mesej yang ingin disampaikan oleh Andrea seiiring dengan gaya penulisannya yang bersahaja dan penuh makna telah membuatkan buku ini akan kuingati sampai bila-bila.
Terima kasih kepada Jejak Tarbiah atas pemberian buku yang penuh makna ini.

Dalam desau sepi angin pagi,
Dalam gerimis hujan dini hari
Dalam gerak-gerik halus benda-benda
Dalam harapan-harapan yang tak terkata
Tersimpan rahsia
Mengapa kita ini ada
Penulisannya padat, bersahaja tetapi penuh dengan nilai-nilai murni .
Karakter
Watak-watak utama di novel ini iaitu Bu Desi dan Aini adalah antara faktor yang menghidupkan cerita ini. Dinamik antara Bu Desi dan Aini bukan sahaja serasi malah telah menyentuh hati pembaca.
Saya sangat suka akan watak Aini yang sangat Cekal dan Bersemangat. Istilah PUTUS ASA tiada di dalam kamus hidup Aini. Beratus cemuhan dan makian dari Bu Desi tidak pernah meruntun semangatnya untuk kekal belajar. Saya sendiri bersemangat apabila membaca kesusahan Aini mempelajari ilmu Matematik.
Bu Desi juga seorang watak yang sangat saya suka walaupun agak gerun dengannya. Sikap Bu Desi yang berprinsip membuatkan dia dapat mencapai objektifnya apabila dia ditugaskan untuk mengajar Matematik di sebuah kampung terpencil. Bu Desi juga seseorang yang akan mencari jalan sebaiknya untuk seseorang murid yang ingin belajar.
Andrea memperkenalkan kepada dua watak yang esentrik dan sangat tidak kisah akan pandangan orang sekeliling pada mereka. Watak mereka telah membuat pembaca semakin tertarik untuk mendalami jiwa mereka ketika membaca.
Guru Aini merupakan buku pertama saya oleh Andrea Hirata tetapi bukanlah yang terakhir. Nilai murni dan mesej yang ingin disampaikan oleh Andrea seiiring dengan gaya penulisannya yang bersahaja dan penuh makna telah membuatkan buku ini akan kuingati sampai bila-bila.
Dalam perjalanan yang panjang menuju keikhlasan, kita akan menemukan harapan.
Dalam perjalanan yang berliku-liku menuju pengorbananm kita akan menemukan keberanian
Namun menuju kejuruan pada diri sendiri, akhirnya kita akan pulang."