A review by unreliablebooknerd
Mister Death's Blue-Eyed Girls by Mary Downing Hahn

3.0

Buku ni agak frustrating sebab dia cuma mengisahkan tentang pembunuhan tragis di pekan kecil. Si Nora ni cuma sahabat satu sekolah dengan dua budak perempuan ni aje. Mereka banyak kali lepak walaupun si Nora ni tak berapa berkenan dengan dua budak ni sebab mereka cantik dan popular, pandai bergaya dan gedik.

Kisah ni cuma nak paparkan apa yang berlaku selepas pembunuhan tu berlaku dan Nora pula amat terkesan dengan kematian mereka disebabkan dia pikir sangat

"Macam mana kalau aku mati besok? Adakah mereka akan ingat aku? Rindukan aku? Tangisi kematian aku?"

"Apa terjadi dengan lepas mereka mati? Mereka pergi mana?"

"Agak-agak kalau aku jalan kat kawasan mereka jalan tu, apakah aku akan mati bersama mereka?"

Soalan demi soalan ni lah yang membuatkan Nora tak percayakan tuhan dan dia membuat keputusan untuk menjadi Ateis.

Takde pembunuhan berlaku selepas kejadian tragis tu sampailah Nora beranjak dewasa, berkahwin dan bercerai 2-3 kali.