Scan barcode
A review by afi_whatafireads
Batara Guru by Lokman Hakim
adventurous
dark
mysterious
fast-paced
- Plot- or character-driven? Plot
- Strong character development? Yes
- Loveable characters? It's complicated
- Diverse cast of characters? Yes
- Flaws of characters a main focus? Yes
3.75
"Malangnya hakikat manusia yang tertindas dan disisih membuatkan mereka jauh terperosok ke dalam lohong kesesatan. Ia ditambah pula dengan suatu hakikat di mana ajaran-ajaran sesat ini dipelopori oleh konglomerat-konglomerat yang diketuai oleh bilionair yang mengenakan topeng agama demi melindungi kejahatan mereka itu."
Permulaan kepada siri baru Kronikel Dewata, Batara Guru merupakan kisah aksi paranormal fantasi- berlatar belakangkan Kuala Lumpur yang sudah musnah dan hancur, dan dunia dipisahkan kepada Dunia Langit dan Dunia Darat. Kisah yang sarat dengan pengajaran dan dewa-dewa lama, ia menjadi titik permulaan yang menarik kepada sebuah dunia fantasi yang mengerikan dan akan mencabar kepercayaan seseorang jikalau tidak teguh pegangannya kepada agama.
Personal Ratings : 3.75🌟
Aku rasa agak tertarik novella ini kerana ia telah dipecahkan kepada beberapa buku baru dan aku kira ending kepada buku pertama ini telah meninggalkan pembaca dengan tanda tanya dan rasa berkobar untuk lebih tahu apa yang telah terjadi. Adakah perkara yang berlaku semua ini betul-betul terjadi atau ia hanya permainan penulis dengan mengaburi pembaca dengan perspektif dan angle yang berbeza terhadap penceritannya.
Aku kira dari segi Gaya Penulisan dan Transisi daripada satu babak cerita ke babak cerita lain ; ada sedikit rasa carca merba yang bakal menimbulkan confusion kepada pembaca, namun ia bukanlah suatu masalah yang besar dan tidak menghalang enjoyment untuk menghabiskan buku ini. Buku ini aku kira sangat fast-paced dan bahasanya tidak terlalu susah untuk difahami, dan novela ini boleh dihabiskan sekali harung dalam one seating .
World-building cerita ini agak menarik kerana ia mengambil scene dunia kita sekarang tetapi yang sudah dibahagikan kepada dua dunia yang berbeza. Tambahan juga dengan watak utama cerita yang sangat berpegang teguh kepada agama - ia memberi perspektif dan pengajaran yang agak straightforward ; iaitu, orang yang baik dugannya banyak tetapi jikalau kepercayaan kepada Ilahi itu kuat, nescaya akan ada jalan penyelesaiannya. Aku rasa flow cerita senang untuk dibaca dan rasa kagum kerana penulis berjaya memasukkan unsur-unsur dewa purba yang wujud ke dalam cerita ini.
For a novel with less than 200 pages, it has managed to exceed my expectations. Paired with the beautiful cover, it did great as the first book in the series. I do think that the author can explain a bit more on what has happened to some things , but that may be explored in the later books in the series.
Kepada anda yang suka kepada animasi Jujutsu Kaisen dengan tambahan unsur pahlawan Islam, buku ini adalah buku terbaik untuk anda. Definitely an intriguing read and I can't wait to read the rest of the series .
Terima kasih kepada pihak Penerbit X dan PTS Media untuk naskhah buku ini!