Scan barcode
A review by mermaird
TOPENG by Bali Baim
3.0
Awal sekali aku baca sinopsis buku Topeng ni, aku rasa sangat tertarik akan plot dia. Dan boleh aku katakan memang secara keseluruhan, idea disebalik cerita Topeng ini sangat bagus dan banyak yang boleh dipelajari melaluinya. Cuma, aku rasakan jalan penceritaannya tidak berapa baik. Cara penulisan pengarang agak bersepah, sebab terlalu banyak situasi imbas kembali yang tidak disusun secara baik sampai tahap aku keliru nak memahami jalan penceritaan. Aku rasa sekiranya penulis meletakkan tarikh atau sekurang-kurangnya umur Hasnan dalam setiap situasi, mungkin pembacaan boleh jadi lebih lancar.
Walaupun aku tidak bersetuju dengan cara kehidupan Hasnan yang kerap tidur bersama perempuan-perempuan, aku hargai sisi Hasnan yang tahu akan dirinya seorang pendosa dan dia masih cuba sedaya upaya untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Bagi aku, ini membuatkan watak Hasnan lebih realistik, sebab aku boleh nampak pergelutan dia sebagai seorang hamba Allah. Aku juga kagum kerana walaupun bermacam-macam dugaan yang Hasnan tempuhi, dia masih sanggup bergelut dengan kehidupan dan hendak mencari maknya tanpa putus asa.
Watak lain seperti Fairuz dan Kak Dois pun sedikit sebanyak membantu menjadikan Topeng cerita yang lagi menarik. Kadang-kadang aku rasakan Fairuz ni watak yang agak menjengkelkan sebab dia terlalu nak berkepit dengan Hasnan sentiasa, tapi ada juga gunanya kewujudan Fairuz di sisi Hasnan. Dari awal aku rasakan Fairuz ni bukan seorang kawan yang "biasa-biasa" saja dan mereka berkawan mesti sebab kisah silam Hasnan. Pada penghujung cerita memang betul tekaan aku tentang Fairuz ni. Cuma aku tak tersangka dengan cara bagaimana persahabatan Hasnan dan Fairuz ni bermula.
Secara keseluruhan, Topeng merupakan sebuah cerita yang menarik, lengkap dengan elemen misteri dan seram. Aku puas dengan cara cerita ni berakhir sebab boleh katakan yang aku tak sangka cerita ni akan berakhir sebegitu. Aku cuma tak berapa gemar dengan cara penulisan yang agak berterabur dan juga satu lagi, siapa sebenarnya Bomoh Kisman dan macam mana dia dapat bantu Hasnan cari maknya? Persoalan ni sampai ke akhir tak terjawab, jadi aku anggap memang Bomoh Kisman gunakan cara yang bomoh-bomoh suka lakukanlah.